Berjaya Dipuji Tetapi Gagal Dikeji


Saja nak share article nih..sbb skrg ni jadi macam trend utk parents utk galakkan anak belajar as if kalau gagal dlm pelajaran gagal lah hidup budak2 tu..

kekadang darjah 1 dah kena antar tuition...stress betul jadi budak2 skrg kan...


APABILA berjaya dipuji tetapi gagal dikeji menyebabkan pelajar kurang cemerlang seolah-olah diketepikan dalam sistem pendidikan di negara ini.

Bagi memastikan anak-anak cemerlang, ibu bapa sanggup melaburkan wang yang banyak sehingga anak-anak tertekan untuk memenuhi impian ibu bapa itu.

Meskipun pelbagai pihak berusaha melaksanakan komitmen bagi mengikis persepsi itu, kebanyakan ibu bapa masih berpendapat akademik mampu mencerna serta menjamin kecemerlangan pelajar.

Persoalannya, adakah definisi kecemerlangan itu hanya merujuk kepada akademik semata-mata dan mengetepikan kepentingan lain seperti pembinaan sahsiah diri?

Jika pelajar kurang cemerlang, adakah mereka boleh dikategorikan sebagai gagal dalam hidup dan tidak mempunyai masa depan?

Beliau berkata, sikap masyarakat yang terlalu mementingkan pencapaian akademik punca sebahagian mereka gagal merancang hidup pada masa depan.

“Apabila sasaran ibu bapa untuk melihat anak cemerlang dalam akademik gagal, pelajar itu akan jadi mangsa. Mereka akan menerima tekanan dan dikritik.

“Ini mematikan motivasi dan semangat hidup selain menjadi lemah menghadapi cabaran hidup.

“Pelajar akan jadi mangsa demi memuaskan kehendak ibu bapa sedangkan pada masa sama, mereka mungkin ada perancangan sendiri,” katanya.

Sikap ibu bapa yang sering memberi tekanan kepada anak supaya cemerlang dalam pencapaian akademik bukan isu baru di kalangan masyarakat.

Meskipun sistem pendidikan sudah melaksanakan dasar baru bagi mengimbangi tuntutan akademik dan kokurikulum, sebahagian besar ibu bapa masih tidak mampu mengubah persepsi itu sekali gus membebankan pelajar.

Menurut Dr Md Tahir, istilah berjaya dan cemerlang adalah subjektif dan ibu bapa atau masyarakat tidak boleh membuat penilaian hanya melalui pencapaian akademik.

“Sejak dulu lagi, masyarakat disogokkan dengan tanggapan, apabila berjaya dalam peperiksaan, pelajar itu cemerlang.

“Persepsi itu bukan saja akan menjadikan pelajar mangsa malah membuatkan mereka mengetepikan kepentingan aspek lain seperti kokurikulum.

“Cabaran dunia pendidikan atau kerjaya bukan sekadar pencapaian akademik semata-mata malah keperluan lain terutama pembangunan sahsiah diri,” katanya.

Mengenai sikap ibu bapa yang meminggirkan anak kurang cemerlang, beliau berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Menurutnya, ibu bapa perlu menanam keyakinan tinggi kepada anak dan memberi peluang mencorakkan masa depan berdasarkan minat serta cita-cita bukan mengetepikan mereka.

“Ibu bapa sedemikian kejam dan wajar dipersalahkan.

“Mereka mendera secara tidak sedar sehingga anak-anak tertekan,” katanya,

Ditanya adakah semua kesalahan wajar diletakkan pada ibu bapa, Dr Md Tahir, berkata bebanan itu sewajarnya dikongsi bersama.

“Jangan salahkan satu pihak. Kejayaan pelajar bukan saja hak individu tapi semua terbabit.

“Pelajar kurang berjaya bukan saja disebabkan ibu bapa semata-mata tetapi faktor lain seperti struktur sosial sesebuah masyarakat, populasi dan persaingan,” katanya.

9 Comments to "Berjaya Dipuji Tetapi Gagal Dikeji"

  1. Zamz..anak-anak kita sekarang pergi sekolah tak enjoy macam kita dulu-dulu. Stress nampaknya budak-budak sekarang sebab tulah dulu ingat tak sorang budak india bunuh diri sebab gagal dapat 5A dalam UPSR. Hiiii..gerun tengok.. Anak saya setakat ini, tak sorang pun saya hantar ke tuisyen.. Belajar dengan saya aje di rumah..belajar sambil main dan makan..hehehehe

  2. sy setuju. kecemerlangan akademik mmg penting, tp bg sy, sahsiah diri lebih penting. selain tu, kebebasab memilih hala tuju hidup sendiri. pelajar yg kurang berjaya x seharusnya rasa diri lemah dan putus asa. bnyk lg peluang yg ada, yg penting perlu 'buka' mata dan berani mencuba. ibu bapa skrg mmg punya hrpn tinggi pd anak2, tp perlu beri ruang anak2 bernafas.mereka perlu menyokong apa juga pilihan anak asalkn tidak menyalahi undang2 dan memberi kebaikn kpd anak2, wpun x glamer di mata msyrkt. mereka perlu pilih - mahukan anak2 doktor, jurutera, saintis sedangkan anak2 punya cita2 lain, hidup tertekan,ibu bapa terabai kerana terlalu sibuk, anak2 mula menyalahkn ibu bapa yg memaksa mereka mengambil bidang yg x mereka gemari, hbgn yg retak,

    atau

    anak kerja apa pun xpe tp gembira, sihat, dan mengenang jasa, dan berbudi pekerti tinggi. mungkin x semewah mana hidup, tp sentiasa bersederhana dan hati tenang.

  3. salam
    ini adalah perkara biasa sebenarnya

    paling terkedu bila ada yg sanggup bunuh diri bila tak dapat apa yg mereka target

  4. iEn

    cikgu patut bimbing tak kira budak yg kelas pandai ke atau yg kelas kurang pandai.. bukan pilih kasih.

  5. aku selalu cuba memahami untuk belajar dari perbuatan dan kesan dari perbuatan orang lain terhadap anak-anak. semuanya untuk aku aplikasikan dengan cara aku membesarkan anak-anak. ada kalanya sesuatu perkara itu perlu dipandang secara subjektif sebab banyak faktor yang mempengaruhi. aku bimbangkan masa depan anak aku 20 tahun lagi tanpa akedemik. tapi pada masa yang sama aku risaukan pengaruh tidak baik yang tak dapat aku kawal dalam tempoh pembesaran mereka.... semoga dijauhkan...

  6. Betul.....kesian kat bebudak sekarang.Matang sebelum usia.Ada pro n contranya.Lagi mencabar mendidik anak2 zaman sekarng ni,dia org ni bijak betul.

  7. @k@kPOKPEK

    Dalam bab ni, @pp ngaku @Pp ada sket guilty, tapi bila @pp compare diri ini dgn mak2 lain, mak2 lain tu lagi haru..
    my kids go to Kumon since they were in kindy tapi tuition2 lain tu on off, sebab kami selalu x de dlm Msia.

    Mak A tya @pp beginning of this year "Son No 1 dah masuk tuition ke, Anak2 kita kan ke dah Y5, nx yr UPSR?"

    @pp jwb "Err.. lom"

    Mak A "All the best tuition teachers kat sini dah fully booked"

    @pp - errr???? abis ler aku...

  8. Memang betul anak2 sekarang stress. My eldest tahun 4,in the first class in the school, alhamdulilah tapi tension sbb cikgu selalu bagi homework byk. They xpect them to know everything and do everyuthing on their ogwn!High expectation from all thek teachers!Tapi kecemerlangan akadiemik dan sahsiah dicri yg baik sama pentingnya! Parents jgn harapkan cikgu di sekolah
    semata -mata untuk didik anak2 dr segi akademik dan sahsiah! Education begins from home!

© Copyright Reserved Zamz @ Click | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft