HOT FM vs ERA

aku selalu dgr pepagi je radio nih masa nak gi kerja dulu2 mmg era..skrg ni dah tukar ke hotfm plak..masa khairil dgn kieran dulu mmg tiap2 ari dgr era..tapi sejak budak2 tu jadi deejay pepagi rasa boring plak...

BERMULA sederhana dengan jumlah pendengar sekitar 2.9 juta pada 2006, Hot FM meluncur laju untuk mengukuhkan kedudukannya dan selepas dua tahun, stesen berbahasa Melayu milik Rangkaian Radio Media Prima itu mampu berbangga apabila mencatat 4.3 juta pendengar dengan ketinggalan hanya 200,000 pendengar di belakang Era yang mempertahankan posisi pertama.

Stesen itu mencatat kedudukan pertama dengan purata keseluruhan pendengar sekitar 275,000 bagi setiap suku jam, meninggalkan Era yang terpaksa berpuas hati dengan 266,000 pendengar.

Hot FM juga mengukuhkan kedudukan sebagai stesen berbahasa Melayu nombor satu bagi lingkungan pendengar berusia bawah 34 tahun apabila mengumpul 3.04 juta pendengar, mengatasi Era dengan 2.9 juta pendengar.

Kejayaan Hot FM diperkuatkan lagi dengan populariti program paginya, Hot FM AM Krew yang dikendalikan pasangan Penyampai Radio Lelaki dan Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007, Faizal Ismail dan Fara Fauzana apabila mengumpul 2.6 juta pendengar, meninggalkan Era dengan 2.2 juta pendengar untuk slot sama.

Kedudukan stesen:

Keseluruhan (berdasarkan jumlah pendengar):

1. Era (4.5 juta)

2. Hot FM (4.3)

3. Sinar (3.3 juta)

4. THR (2.88 juta - THR Raaga: 1.64 juta manakala THR Gegar (1.24 juta)

5. MY fm (2.2 juta)

Stesen Bahasa Melayu:

1. Era

2. Hot FM

3. Sinar

Stesen Bahasa Inggeris:

1. hitz.fm

2. Mixfm

3. Fly FM

4. Lite FM

5 Comments to "HOT FM vs ERA"

  1. Anonymous

    semenjak 2 menjak ni, @pp x sempat nak dgr radio.. kalau dulu tu mmg suka dgr si KnK tu bila drive gi keje, now dah tak de,x ceria stesen tu..

  2. Anonymous

    era dah bosan aku dengar... entah apa yang dibebelkan aku pun tak tau. layan hot kejap dulu... tapi farah tu asyik cuti je aku dengar sinar lak. best gak sebab ada kril pastu si Sy dgn kE pun buleh tahan...huhu

  3. Anonymous

    tu dia... hot fm dibelakangnya ada media prima tu yang ble gugat era yang dibelakangnya ada asto.. huhu

  4. Anonymous

    emm betul zaman dah berubah kot ek..selera org pun berubah gak

  5. Anonymous

    actly nyampah dgn era sebab mcm budak2 skolah lak segmen pagi tu.. riuh2 rendah sgt..

    baik dgr Xfresh.. takde pun celoteh2 karut..

© Copyright Reserved Zamz @ Click | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft