Wabak Krisis Ekonomi Dunia
Article ni mmg panjang tetapi boleh memberi kefahaman tentang apa yg terjadi dgn keadaan ekonomi dunia hari ni yg mmg teruk dan yg lagi takutnya keadaan mungkin bertambah teruk yg mana akan membawa kegawatan ekonomi ke semua negara
Wabak Krisis Ekonomi Dunia
Mohd Noor Bin Omar
Pegawai Penyelidik
Mungkin hampir tidak ada pihak yang menjangkakan bahawa rentak tari ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan dunia akan sumbang sebegini teruk sekali. Syarikat-syarikat gergasi yang gah mempunyai aset yang berbillion-billion di AS kini mengalami masalah kerugian, tidak dapat lagi meneruskan syarikat dan terpaksa gulung tikar kerana mengalami muflis. AS terpaksa menampung kerugian syarikat tertentu bagi memulihkan syarikat tertentu supaya dapat meneruskan hayatnya. Pasaran saham dan medan agihan modal di AS serta negara lain juga terjejas teruk akibat dari kemerosotan yang dihadapi. Urusniaga saham sesetengah negara terpaksa digantung.
Apa yang berlaku sebenarnya selama lebih kurang sepuluh tahun lepas, banyak pihak tenggelam dalam kerancakan pertumbuhan ekonomi dunia yang dibiayai oleh ‘wang dan pulangan palsu'. Aturan ekonomi berasaskan riba dan gharar kerana matawang tidak disandarkan kepada nilai sebenar, ditambah pula dengan kegagalan pentadbiran kewangan berhemah menjadi punca segala permasalahan ini. Matawang dan urusniaga dilaksanakan semata-mata untuk menjana pesta pertumbuhan ekonomi yang berterusan dengan sifat menghancurkan (destructive economy) berbanding memakmurkan (productive economy). Keseluruhan aturan yang diamalkan bercanggah sama sekali dengan ruh kewangan Islami yang memberi penekanan kepada keadilan risiko dan pulangan (risk & return).
Pihak berkuasa pula seolah-olah terus tertidur diulit mimpi. Sekitar 200 agensi pengawalan dan penguatkuasa mengawasi Fannie Mae dan Freddie Mac tetapi kedua-dua syarikat ini akhirnya terbelenggu juga dengan hutang hampir USD$5 trilion. Pada asasnya, syarikat dokongan kerajaan ini membiarkan pelabur menyangka bahawa pinjaman perumahan yang mereka miliki, walaupun banyak yang lapuk, tetap dilindungi oleh kerajaan. Ini menyebabkan agensi-agensi pengadaran kredit (credit rating agencies) memberikan mereka markah tinggi termasuklah kepada bon-bon yang sebenarnya tidak boleh dipercayai. Seperti runtuhan jambatan reput yang menampung ribuan manusia, keruntuhannya menyebabkan bukan sahaja kesan ekonomi tetapi politik dan juga kemasyarakatan.
Banyak institusi kewangan memberi jenama baru hutang-hutang lapuk tersebut dan menjualnya semula di pasaran dunia. Ada institusi kewangan yang memberi pinjaman terlalu tinggi sehingga tiga puluh kali jumlah aset yang mereka miliki dengan pelbagai andaian termasuklah kemungkinan hartanah dan perumahan terus meningkat serta tidak mungkin jatuh. Dalam masa yang sama, pihak berkuasa terus membisu tidak mengambil langkah yang perlu untuk mengawalnya.
Apa yang berlaku menunjukan bahawa terdapat ketempangan yang jelas pada pihak berkuasa dan peraturan yang berkongsi kefahaman aturan kewangan yang sama. Apabila pihak berkuasa tertidur, jangan lah pula kita terkejut apabila ada pihak yang mengambil risiko terlalu tinggi. Yang patut dipersalahkan bukan saja aturan ekonomi malah juga pihak berkuasa. Sebarang penyelesaian yang dicadangkan mestilah kembali kepada prinsip-prinsip asas ekonomi. Usaha kerajaan Amerika untuk ‘bail out' syarikat tertentu hanya akan menyelamatkan mereka yang bersalah tanpa menghiraukan keperluan mencorak semula aturan keseluruhan ekonomi mereka.
Pada waktu yang sama kita juga harus sedar bahawa dunia ini bukan dominasi AS semata-mata. China kini merupakan ekonomi keempat terbesar di dunia dan ia terus berkembang dengan kadar hampir 10 peratus. India dan lain-lain negara membangun juga terus berkembang. Rakyat miskin di negara-negara membangun akan tetap merasai kesan positif pembangunan ekonomi negara mereka. Dengan mengambilkira kedudukan ini, walaupun ekonomi negara-negara Barat merudum, ekonomi dunia dianggarkan akan terus berkembang pada kadar 4 peratus. Negara-negara yang mengamalkan aturan kewangan Islami menjadi perhatian walaupun dalam kadar yang menurun.
Kemerosotan ini mengajar kita betapa pentingnya aturan ekonomi dilandaskan kepada aturan ekonomi Islami yang adil. Urusniaga yang secara besarnya berasaskan kepada jualbeli hutang atau kredit perlu disusun semula. Mungkin tepat pada masanya Malaysia mengorak langkah memakmurkan aturan kewangan Islami yang berlandaskan kepada keadilan dan saksama. Namun, kebelakangan ini ada sebilangan pengamal perbankan yang berkecenderungan meniru dan merekacipta produk kewangan mimikan kewangan biasa dengan mengenepikan falsafah dan ruh muamalah Islami. Dengan kata lain, ditakuti bahawa aturan ekonomi Islami juga bakal dijangkiti dengan penyakit yang sama sekiranya tersalah langkah. Hadith tidak terkecuali menegaskan tentang imbuhan harga atau imbangan pertukaran yang setimpal dalam faham pertukaran jualbeli. Pendekatan yang sama juga digunakan oleh Khalifah Umar ibn Khattab dalam menetapkan kadar diyat (pampasan) yang baru apabila nilai dirham jatuh akibat daripada kenaikan harga barang. Perkara yang sama boleh didapati juga dalam satu surat kerajaan khalifah keempat Saidina Ali ibn Abi Talib.
Mungkin sudah tiba masanya pihak berkuasa di Malaysia mempertimbangkan aturan pentadbiran kewangan, aqad dan institusi kewangan dengan lebih terperinci seperti penggubalan dan pengiktirafan setara bagi aqad atau undang-undang Islami untuk pemakaian dan pengiktirafan dengan lebih luas. Halangan-halangan pentabdiran perundangan perlu dilihat semula bagi memberi ruang dalam perlaksanaannya di mahkamah ke atas kes-kes pertikaian melibatkan aqad muamalah Islami.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments to "Wabak Krisis Ekonomi Dunia"
Post a Comment