Myvi New Facelift

nampaknya myvi dah keluar new facelift, bolehla tgk2 utk sesapa2 yg berminat

Harga model tak banyak berubah walau kos pengeluaran meningkat

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), melancarkan Myvi berwajah baru dengan sasaran menjual sehingga 3,300 unit model paling larisnya itu sehingga akhir bulan ini berikutan popularitinya.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar, berkata pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk memandu pulang Myvi berwajah baru itu kerana Perodua mempunyai stok mencukupi berjumlah 3,500 unit.

Harga atas jalan termasuk insurans dan aksesori Myvi baru itu adalah antara RM39,000 hingga RM51,000 seunit bergantung kepada varian dan spesifikasi. Ia didatangkan dalam model 1.3 liter dan 1.0 liter.

2 Comments to "Myvi New Facelift"

  1. Anonymous

    how come takleh baca ek..guna ie ke nih

  2. Anonymous

    yep. kt ofis mmg pki IE6

    ok.. da bleh baca pki firefox..

© Copyright Reserved Zamz @ Click | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft