Minyak Bawah AS$100 Setong


nampaknya harga minyak dunia turun lagi, agak2 berapala gomen nak turunkan harga petrol kat malaysia pulak..jgn lepas ni byk alasan lagi dah la huhuhu

VIENNA 10 Sept. - Harga minyak mentah dunia jatuh di bawah paras AS$100 (RM346) setong buat pertama kali dalam tempoh lima bulan di London apabila Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) sebulat suara memutuskan untuk menurunkan pengeluaran minyak kepada 520,000 tong sehari.

Presiden OPEC yang juga Menteri Tenaga Algeria, Chakib Khelil ketika mengumumkan perkara itu berkata, pengurangan pengeluaran minyak itu yang berkuat kuasa serta-merta, bertujuan untuk mengurangkan risiko yang berpunca daripada komoditi itu.

Ketika pengumuman dibuat lewat malam tadi, di London, minyak mentah Brent North Sea bagi penghantaran Oktober diniagakan pada paras AS$99.04 (RM342.67).

full article kat sini utusan

1 Comment to "Minyak Bawah AS$100 Setong"

  1. Anonymous

    tunggu dan lihat je...
    turun la lagi gomen..pls...
    dah nk raye nih...

© Copyright Reserved Zamz @ Click | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft