Setahun Selepas Pemergian Nurin Jazlin

kes nurin jazlin ni mmg memberi impak bukan kat parents dia je rasanya..tapi sume org msia pun bersedih dan marah

KUALA LUMPUR 17 Sept. - Luka di hati keluarga Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin masih belum sembuh sungguhpun telah genap setahun kanak-kanak malang yang berumur sembilan tahun itu dibunuh secara kejam oleh manusia yang tidak berhati perut.

Bagi Jazimin Abdul Jalil, 34, dan isterinya Norazian Bistaman, 36, luka di hati mereka masih berdarah dan kenangan terhadap anak kedua mereka itu terus segar terutama dalam menjalani ibadah puasa dan menjelang sambutan Hari Raya Aidil Fitri.

Ini merupakan kali kedua mereka menyambut Hari Raya tanpa kehadiran seorang insan dalam keluarga yang bergelar "Kak Ngah" di kalangan empat adik beradik itu.

Sungguhpun pahit untuk ditelan, namun bagi Jazimin, isteri serta tiga lagi anak mereka, terpaksa merelakan pemergian Nurin dan redha dengan ketentuan Illahi.

Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi, seakan-akan mengingatkan kembali gelagat Nurin semasa berpuasa dan ketika membuat persiapan menyambut hari raya, kata Jazimin ketika ditemui di rumahnya di PPR Ayer Panas, Setapak di sini hari ini. full article

11 Comments to "Setahun Selepas Pemergian Nurin Jazlin"

  1. Anonymous

    Semoga ibubapa dan adik beradik Nurin bersabar dengan takdir Allah.. Memang tragis sungguh peristiwa tu..

  2. Anonymous

    betulla..teringat2 lagi walaupun dah setahun

  3. Anonymous

    Burn in hell all child murderer, benci when I remember this, and how the public comdemn the family during the search

  4. Anonymous

    dah sethn rupanya....rasa macam masih baru sgt lagi....

  5. Anonymous

    Setahun dah berlalu tapi pembunuhnya belum dihukum. Begitu juga dengan Sharlinie, tak tau khabar beritanya!Sedih sangat.

  6. Anonymous

    Moga keluarga lebih tabah dan ubatilah luka dihati dengan Redha.... Insya Allah ..berdoalah

  7. Anonymous

    setahun dah rupanya. rasa baru je kejadian tu...alfatihah utk allahyarham..

  8. Anonymous

    citer ni dah lama tp every time baca ni jd sedih...

  9. Anonymous

    parents dia pun dah pindah dari rumah lama mereka.

    syahdunyer..

    berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

  10. Anonymous

    hurmm... tunggu je balasan dari Tuhan..

  11. Anonymous

    harap2 takde lagi la case camni

© Copyright Reserved Zamz @ Click | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft