Suami-isteri Jelajah Semenanjung Berbekalkan RM70.57
ni kalah destinasi bajet knizam nih hehehe
MELAKA 16 Sept. - Percayakah anda dengan hanya berbekalkan RM70.75 anda boleh mengembara dengan motosikal menjelajah ke seluruh negara?
Itulah yang dilakukan oleh sepasang suami-isteri, Matt Nazree Hassan, 41, dan isterinya Norhayati Mat Nor, 35, yang nekad mengembara menunggang motosikal jenis Nitro 150cc mengelilingi Semenanjung Malaysia dengan hanya berbekalkan duit sebanyak itu.
Menurut Matt Nazree, semua itu dilakukan bagi menyempurnakan hajat arwah bapanya yang tidak sempat menghabiskan rekod berbasikal mengelilingi Semenanjung sekitar tahun 1950-an dahulu.
Pengarang sebuah majalah tempatan itu berkata, pengembaraan yang dilakukan beliau dan isterinya itu juga bagi melatih diri supaya sentiasa berusaha untuk mencapai sesuatu yang diidamkan.
"Sejak itu, saya sentiasa bercita-cita menyempurnakan hasrat arwah dan memilih tarikh 1 Julai lalu untuk memulakan ekspedisi ini bersama isteri dari Gombak, Selangor dengan menunggang motosikal.
"Saya juga memilih untuk tidak membawa wang yang banyak termasuk kad bank, sebaliknya cuma membawa wang tunai RM70.57 yang diambil sempena nombor pendaftaran motosikal saya," katanya ketika ditemui pemberita di bangunan Stadhuys di sini hari ini. Full Article

9 Comments to "Suami-isteri Jelajah Semenanjung Berbekalkan RM70.57"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ces...kata nk tunaikan hajat arwah bapa berbasikal...tp naik moto lak...ekekeke tp kira berani gak la.... bawak skit je duit..huhu
haha naik basikal satu malaysia bila la nak sampai tu hehe
brapa lama dia ambik masa utk mengelilingi m'sia ha?
bagus, impian saye pun nak pusing 1 malaysia. tp naik ketelah. someday
gigih yer diorg sudahkan pengembaraan tu...
ha'a meo188, samalah kita, ada jugak rasa nak pusing satu malaysia..
bukannya x pernah pergi negeri org.. tapi yerla..
setakat singgah kat bandar2.. x dpt lihat apa2..
klau boleh nak pusing2 pendalaman skali.. huuh
sebuah angan yang aku x tahu bila akan berakhir..
best nih round msia naik motor..mencabar gak tu
aku x leh imagine... nak makan, nak beli minyak motor, tempat tido, ais krim, mana cukup beb!
tu yg pelik tu shaxx ni mmg destinsasi bajet betul nih