Lee Chong Wei Juara Perseorangan Lelaki Siri Super Masters


korang ke tadi final game chong wei vs peter gade...straight set je menang...congrats datuk lee chong wei!!!

KOTA KINABALU 21 Dis. – Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei muncul juara perseorangan lelaki kejohanan badminton Siri Super Masters selepas menewaskan Peter Gade 21-7, 21-16 dalam pertarungan 32 minit.

Aksi final menarik kedua-dua pemain itu disaksikan lebih 5,000 penonton di Stadium Tertutup Likas, Sabah hari ini.


Dengan kemenangan itu, Chong Wei meraih wang tunai AS$$40,000.

Acara perseorangan wanita dimenangi pemain Hong Kong, Zhou Mi yang mengalahkan rakan senegara, Wang Chen, 21-14, 21-18.
Beregu campuran Denmark, Thomas Laybourn-Kamilla Rytter Juhl mengejutkan pasangan utama dunia dari Indonesia, Nova Widianto-Liliyana Natsir, 21-19 18-21 22-20. Laybourn-Kamilla memenangi wang tunai AS$$42,000. - Utusan

2 Comments to "Lee Chong Wei Juara Perseorangan Lelaki Siri Super Masters"

  1. berjaya lagi, dan yg penting, imbuhan pun menarik, balik kang nak beli reket ler

  2. tulah hadiah pun not bad kan usd 40k

© Copyright Reserved Zamz @ Click | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft