Pencuri Terperangkap 3 Hari Dalam Rumah

camana leh jadi camni ek...sure tobat la pencuri tuh...

KEMAMAN - "Nasib baik saya cepat balik ke rumah kalau tidak, tak taulah nasib dia."

Demikian menurut seorang peniaga Che Ibrahim Che Abdullah, 57, mengenai kejadian seorang lelaki yang memecah masuk rumahnya, tetapi terperangkap selama tiga hari kerana gagal mencari jalan keluar.

Menurutnya, ketika kejadian pada 7 Disember lalu, dia balik ke kampungnya di Selising, Kelantan bersama isteri untuk menyambut Hari Raya Aidiladha dan pulang semula tiga hari kemudian.

Che Ibrahim berkata, sebaik masuk ke dalam rumah, isterinya pengsan apabila mendapati rumah dalam keadaan bersepah serta terdengar bunyi orang mengerang kesakitan di dalam bilik tidur.

"Bila saya periksa seorang lelaki yang saya kenal berada dalam keadaan lemah dan gagal keluar dari rumah kerana mendakwa pandangannya gelap akibat dihalang objek besar.

"Mujurlah kami hanya pulang selama tiga hari, kalau seminggu mungkin dia dah tak bernyawa," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Binjai di sini, semalam.

Kosmo! Sabtu lalu melaporkan seorang lelaki berusia 36 tahun terperangkap di dalam rumah milik pasangan suami itu semasa dipercayai mahu mencuri barangan berharga.

Suspek ditemui keletihan dan hampir kebuluran kerana tidak dapat mencari makanan serta mendakwa suasana di dalam rumah itu gelap-gelita.

13 Comments to "Pencuri Terperangkap 3 Hari Dalam Rumah"

  1. Anonymous

    Ini tentu kes tuan rumah guna "ayat pemagar" kot. Pencuri kalau masuk ke rumah yang di pagar oleh "ayat pemagar" memang gagal cari jalan keluar sehingga dia ditemui oleh tuan rumah dan melepaskannya.

  2. Anonymous

    kualat...
    padan muke! org tua ni kenal pulak tu pencuri tu..
    malu mane nk letak muke..

  3. Anonymous

    ngahahahah kina kina... padan muka..

  4. Anonymous

    patutnya berita mcm ni disebarluas
    supaya jadi pengajaran pada bakal2 pencuri. hehe

  5. Anonymous

    ish ish ish.... gelap ler duniya

  6. Anonymous

    teringat kes umah yan kena pecah ari tu..

  7. Anonymous

    itulah dia malang yang berbau... huhuhhu.. wah kalau pencuri tu gemok.. sure leh kurus kann

  8. Anonymous

    tu la buat dosa, cepat je dapat balasan. rumah orang miskin pun nak curi, pegi la rumah menteri ke... isk...

  9. Anonymous

    tu x lain pok cik tu guna pendinding rumah yg baik tuh...sal tu x jumpa jln kuar,tp padan la muka si perompak tuh...keh3

  10. Anonymous

    Emmm, ni kes umah ada pagar yg invisible kt dalam umah! Tapi mmg ada pun, tp ini kes terpencil agknya!Tgk siapa yg susah, si pencuri jugak yg susah!

  11. Anonymous

    haha tapi best gak leh pagar rumah ni kan...cuma tak reti sgt je...tapi lagi bagus kalau pagar dia takleh rumah terus..kalau dia masuk takleh keluar buatnya kita ada kat dlm rumah...ada gak yg pengsan karang hehe

  12. Anonymous

    amalkan baca ayat kursi untuk memagar rumah tp ada caranya... sila singgah ke blog cikserisiantan.blogspot.com.. heheh semuanya kuasa allah...

  13. Anonymous

    betul tu eida sumenya kuasa Allah

© Copyright Reserved Zamz @ Click | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft