Karangan Budak Darjah Empat: Kemalangan Paling Ngeri Pernah Saya Lihat ekekeke

Pagi itu pagi minggu.

Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip.

Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.

Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya.

Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!".

Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut.

Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.

Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya.

Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori.

Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara.

Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah.
Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter.

Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih.

Lalu pemandu lori itu mati.

Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati.

Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin
mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati.

Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

26 Comments to "Karangan Budak Darjah Empat: Kemalangan Paling Ngeri Pernah Saya Lihat ekekeke"

  1. hahahaha, hervat bebeno pengalamannyer

  2. iEn

    heh.. ien pon ado simpan karangan ni.. mmg mengerikan loh.

  3. zamz

    haha maksu dasat tu experience budak ni...leh apply keja otromen bila besar haha

  4. zamz

    yeke ien..
    tu bukan ien punya karangan kan hehehe

  5. hehehe..itulah akibat banyak menonton tv cerita transformer dan otroman..otak bebudak pun jadi tak betul..eh tapi betul ke budak tu tulis karangan macam ni..or saja dia nak buat lawak?

  6. entahlah tirana..
    kekadang pemikiran budak2 ni susah kita nak jangka hehe

  7. haha.. mengong jer daktu.. terpengaruh la tu..

  8. Li

    wahh...kl di artikan dengan pemahaman saya org Indonesia..cerita sangat tragis...
    keep post...^^

  9. laa...
    aku ingat endingnye "rupe-rupenye saya bermimpi..."
    huhu

  10. haha... pecah perut den...
    memang besar kang bijak pandai la budak nie..

  11. sungguh teharu dgn citer nih..walaupun rekaan semata, namun tetap ada pengajaran.
    (Well..acik cuba mikir dari satu sudut yang berbeza ye..)

    moral of the story,
    Sesungguhnya benar, mati itu sungguh mudah bila Ia mengkehendakinya.

  12. ezany..bukan bengong tapi imaginasi terlampau je hehe

  13. KE

    semua org mati. last² dia pulak yg mati

    "Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati. "

  14. KE..mmg sadis cite nih hehe

  15. hi gloria..paham ke hehe

  16. achik..
    mmg sume cite ada moral of the story terpulang pada kita la kan nak tgk dari perspektif mana satu

  17. chekgubh..mana ada mimpi ni bukannya cam setengah2 filem tu..dah buat cite tak logik lepas tu senang je tutup dgn bangun dari mimpi

  18. selepas cikgu menyemak kembali karangan ini,cikgu itu pun mati.

    hahaha..mmg kesimpulan karangan nih,sume orang mati.mati..dan mati..

  19. zamz

    haha dendang jgn lupa mak dia belum mati hehe

  20. erk.. cemane agaknya..
    rhea bayangkan dakni bercerita selepas dia mati..

    "Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati."

    ..means.. dia dah mati..?? ekeke.. biasanya kan kite pesan kat anak murid.. kalau buat karangan autobiografi.. eg.. "Saya Sekaki Payung".. jangan tulis ending "..maka tamatlah riwayat saya sebagai sekaki payung." ..sebab sapa plak yg bcerita tu?

    nasib baik semua2 yang baca entry ni tak mati gak.. hehehe.. :p

  21. zamz

    belum tau lagi rhea muahahahaha

  22. abis.. sempat pulak die wat karangan sebelum mati.. haha~~LOL..
    siapa yang tolong hantarkan karangan die.. heh

  23. tu wasiat terakhir agaknya ...antar keja sekolah hehe

  24. Aduhai... Lawak sungguh karangan ni... Tp kan knp pemikiran bdk ni sgt ganas sampai semuanya mati ngeri... Yg pasti mak dia tu keturunan superheroes gak sbb begitu brutal... Lawak2...

© Copyright Reserved Zamz @ Click | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft